Sejarah Penubuhan

Sekolah Kebangsaan Bandar T6 (SKBT6) terletak di tengah- tengah Taman Sri Lambak , satu-satunya taman perumahan yang terdapat di Bandar T6. Sekolah ini terletak kira-kira 13 km dari Bandar Kluang iaitu di Jalan Kluang – Bandar Tenggara.

Bangunan sekolah ini telah mula dibina pada 3hb Ogos 1999.Ia telah dibina oleh Shaza Builders Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama dan ia telah siap sepenuhnya pada 2hb Julai 2001. SKBT6 dibina adalah bertujuan sebagai pelengkap kepada kemudahan prasarana bagi sebuah bandar baru yang mempunyai penduduk seramai 10 000 dan ini semakin meningkat dari semasa ke semasa . Peningkatan ini berikutan pembinaan fasa-fasa perumahan yang baru oleh pihak pemaju serta penghijrahan penduduk dari luar daerah ke bandar ini.
Penduduk Bandar T6 telah lama menanti pembinaan sekolah ini bermula dari tahun 1994 lagi lagi apabila Taman Sri Lambak mula diduduki. Selama tujuh tahun penduduk terpaksa menghadapi masalah menghantar anak-anak ke sekolah. Sesetengah keluarga terpaksa berhijrah walaupun telah memiliki rumah di kawasan ini. Apabila sekolah ini siap sepenuhnya dibina, ramai keluarga mula berhijrah ke taman ini untuk mendiami semula rumah mereka. Oleh itu, dengan sendirinya dapat menyelesaikan masalah pengangkutan anak-anak mereka.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.